Cari @ Amanz

Beberapa minggu yang lepas, Google telah menutup fungsi carian masa-nyata mereka, memandangkan tamatnya perjanjian mereka dengan Twitter. Namun kini ianya diperkatakan yang mana Google bakal memperkenalkannya semula tidak lama lagi, dan mungkin akan turut sama mengintegrasikan data Google+ padanya.

Menurut Google, kini pasukan Google Search sedang aktif dalam membangunkan kembali produk Google+ dan akan melancarkannya kembali tidak lama lagi. Tambahan lagi, ianya diperkatakan yang mana kini mereka sedang menguji dengn data-data daripada Google+ dan beberapa sumber yang lain.

Mungkin kita akan dapat melihat perkembangan untuk Google Realtime Search tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd