Cari @ Amanz

Salah satu permainan yang dinantikan oleh ramai semestinya adalah Diablo 3. Seperti sedia maklum, Diablo 3 dijangka bakal dilepaskan pada tahun ini sekiranya semua berjalan lancar, dan sebelum pelancaran rasminya, Blizzard dijangka akan memperkenalkan beta untuk Diablo 3 tidak lama lagi.

Ianya diperkatakan berkemungkinan yang mana Diablo 3 Beta bakal menemui para pemain sebelum berakhirnya bulan September 2011 ini. Walaubagaimanapun, masih tiada tarikh rasmi diumumkan buat masa ini, dan para peminat permainan keluaran Blizzard semestinya ketahui yang mana amat jarang sekali Blizzard mengikut tarikh yang ditetapkan, kerana mereka lebih mementingkan kualiti permainan itu sendiri, dan tidak ingin menghampakan para pemain mereka.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan permainan Diablo 3 Beta tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd