Cari @ Amanz

Pembaca Amanz merupakan antara yang pertama mencuba pelbagai perkara, dan jikalau sebelum ini kami menjadi yang pertama di Malaysia menawarkan jemputan untuk menyertai Google+, kini Amanz turut sama menawarkan jemputan untuk menyertai Google Music Beta yang masih lagi dihadkan penggunaannya buat masa ini.

Seperti sedia maklum, Google Music Beta buat masa ini masih lagi dihadkan untuk pengguna Amerika Syarikat. Namun begitu, ianya kelihatan yang mana, bersama-sama dengan emel jemputan khas, para pengguna tempatan turut sama boleh menikmati fungsi tersebut dengan mudah, tanpa sebarang keperluan untuk menggunakan proxy dan sebagainya.

Namun begitu, jemputan untuk setiap akaun adalah terhad, dan di Amanz, kami menawarkan dua empat jemputan khas untuk Google Music Beta. Apa yang anda perlu lakukan, adalah hanya meninggalkan jejak dibahagian komen dibawah, dan seterusnya, kami akan memilih dua pembaca bertuah secara rawak menggunakan Random.org. Kami akan menutup ruangan komen pada pukul 12 tengah hari (8 Ogos), dan hantarkan jemputan kepada pemenang yang bertuah.

Ulasan penuh Google Music Beta bakal menyusul dalam beberapa hari lagi.

Kemaskini Pemenang bertuah adalah SHMI, Mulo, Fina Fento dan juga Azah. Jemputan akan dihantar sebentar lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd