Cari @ Amanz

Dengan pelbagai jenis tablet yang memasuki pasaran tempatan akhir-akhir ini, kini HTC Malaysia diperkatakan telah pun mengurangkan harga jualan untuk tablet mereka, iaitu daripada RM2499 kepada RM2099 bermula hari ini. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui samada ianya turut menyertakan pakej daripada Maxis ataupun tidak.

HTC Flyer

Sebelum ini, Maxis telah menjadi yang terawal menawarkan HTC Flyer untuk para pengguna tempatan pada penghujung Mei yang lepas. Melaluinya, ianya membawakan tablet sebesar 7-inch, dan dijana menggunakan Android dan antaramuka HTC Sense.

Kini, dengan hampir tiga bulan berlalu, HTC Malaysia telah pun mengurangkan harga sebanyak RM400, dan mungkin ianya akan menarik minat para pengguna tempatan yang terlepas mendapatkannya sebelum ini untuk mendapatkannya sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd