Cari @ Amanz

Setelah pelancaran Lenovo IdeaPad K1 di Malaysia, seterusnya, Lenovo Malaysia turut sama bakal melancarkan ThinkPad Tablet di Malaysia. Buat masa ini, masih tiada harga dan tarikh rasmi pelancarannya, dan menurut Lenovo Malaysia, ianya dijangka akan tiba di Malaysia seawal September atau Oktober kelak.

Lenovo ThinkPad Tablet membawakan spesifikasi lebih kurang sama dengan IdeaPad K1, iaitu termasuk Android 3.1, dan skrin seluas 10.1-inci. Ianya turut sama membawakan slot USB 2.0 dan juga slot mikro-USB bersama dengannya, selain daripada slot kad-SD dan mini-HDMI.

Pada masa yang sama, memandangkan ianya ditujukan lebih kepada pengguna perniagaan, ianya turut membawakan beberapa aplikasi tambahan, termasuk Documents to Go, PrinterShare, McAfee Mobile Security, dan beberapa aplikasi menarik lagi.

Nampaknya, dalam masa beberapa bulan ini, kita akan dapat melihat lebih banyak tablet daripada pelbagai pengeluar dilancarkan di Malaysia, sekaligus memberikan para pengguna tempatan lebih pilihan untuk membeli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd