Cari @ Amanz

Jun lalu Steve Jobs memberikan pra-tonton rekaan kampus terbaru Apple di Cupertino yang mirip sebuah piring terbang. Hari ini firma rekaan yang diberikan tanggung jawab mereka cipta kampus ini memperlihatkan enam lukisan konsep bangunan yang dijangka siap pada tahun 2015.

Syarikat firma terkenal Foster and Partners akan membina bangunan yang bakal menempatkan 13 00o orang pekerja didalam ruang seluas 2.8 juta kaki persegi. Ia juga bakal menempatkan sebuah auditorium untuk 1000 orang, makmal penyelidikan dan pembangunan seluas 300 000 kaki persegi serta stesyen janakuasanya sendiri yang mesra alam.

Menurut Steve Jobs bangunan ini juga tidak akan mempunyai satu pun panel kaca yang bemuka rata. Seperti rekaan produk Apple terkini kaca melengkung terbesar didunia bakal digunakan bagi memberikan lengkungan yang sempurna tingkap bangunan canggih ini.

Sumber asal Cupertino.Org

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd