Cari @ Amanz

Dengan acara BUILD yang dinantikan semakin dekat, mungkin ramai yang nantikan sistem operasi generasi baru, iaitu Windows 8 sahaja diperlihatkan kepada umum. Menariknya, kini ianya dilaporkan yang mana berkemungkinan Microsoft akan memperlihatkan dan memberikan sebuah tablet khas pada acara tersebut kepada para hadirin mereka.

Menariknya adalah dimana ianya diperkatakan tablet tersebut adalah tablet dengan cip empat-teras, dan seperti kita semua dapat jangkakan, ianya mungkin menggunakan Windows 8 yang dioptimasikan untuk tablet.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan tablet tersebut masih lagi samar-samar dan tidak dapat disahkan sepenuhnya. Namun begitu, seperti sedia maklum, sebelum ini, Microsoft pernah mengatakan yang mana Windows 8 akan dioptimasikan untuk cip ARM, dan berkemungkinan tablet yang bakal diberikan oleh Microsoft kepada para hadirin BUILD itu akan berasaskan padanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan acara tersebut yang mana semestinya akan membawakan pelbagai kejutan menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd