Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan pada minggu lepas, selepas sedikit penangguhan, kini ianya kelihatan yang mana Nokia Malaysia telah pun memperkenalkan kemaskini Symbian Anna kepada semua pengguna Symbian^3, iaitu Nokia C6-01, Nokia C7, dan juga Nokia E7. Namun begitu kemaskini untuk Nokia N8 masih lagi belum diperkenalkan buat masa ini.

Walaubagaimanapun, salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu sokongan mesej dalam bentuk split-screen tidak diperkenalakan untuk pengguna Malaysia, dan Nokia hanya menjanjikan akan membawanya melalui kemaskini Symbian akan datang kelak.

Melalui Symbian Anna, Nokia membawakan pelbagai perkara baru padanya, termasuk antaramuka yang diberikan nafas baru, serta prestasi yang dipertingkatkan, dengan pelayar web yang kini lebih pantas daripada sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd