Cari @ Amanz

Melalui laporan untuk ancaman peranti mudah-alih yang dikeluarkan, kini ianya diperlihatkan yang mana ancaman dalam bentuk malware untuk peranti pintar telah meningkat dengan drastik sepanjang enam bulan terakhir ini, dimana para pengguna Android lebih terancam berbanding sebelum ini.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Lookout, ianya dikatakan yang mana pengguna Android hari ini berpulang lebih 2.5 kali ganda berbanding enam bulan yang lepas untuk dijangkiti malware pada peranti mereka.

Ianya diperkatakan kebanyakkan yang menyerang adalah melalui aplikasi yang telah ditanam malware didalamnya. Namun begitu, bukan itu sahaja, malah terdapat juga sebilangan besar jangkitan yang dilaporkan adalah daripada serangan berbentuk web.

Antara tujuan peranti pintar ini diserang dengan malware adalah untuk tujuan kewangan, selain mana ianya turut digunakan untuk mengumpulkan pelbagai data peribadi yang mudah didapati melalui telefon pintar pada masa kini.

Mungkin juga pada bulan-bulan akan datang, angka serangan malware pada peranti pintar akan meningkat lagi, memandangkan kini ianya semakin popular dari hari ke hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd