Cari @ Amanz

Dengan peranti yang menggunakan Symbian Anna sudah pun mula kelihatan, kini versi seterusnya, iaitu Symbian Belle sudah pun mula kelihatan, dan menariknya, kini sebuah video khas turut dimuat-naik, memperlihatkan Symbian Belle beraksi pada peranti Nokia N8.

Melalui video ringkas selama 8 minit yang dirakamkan, ianya memperlihatkan yang mana Symbian Belle beroperasi dengan baik, dan lancar pada Nokia N8. Beberapa perkara menarik juga turut sama diperlihatkan. Salah satunya adalah pelayaran web pada Symbian Belle dilihat lancar, tanpa sebarang gangguan.

Ianya turut diperlihatkan yang mana Symbian Belle turut sama membawakan kemaskini antaramuka untuk aplikasi kamera terbinanya, serta sokongan carian aplikasi dengan mudah. Melalui video tersebut juga turut diperlihatkan susunan widget padanya yang boleh dikawal sepenuhnya, dalam keadaan berbeza pada paparan potrait dan landscape.

Ianya masih tidak diketahui bilakah kemaskini Belle akan diperkenalkan. Sebelum ini, ianya dilaporkan yang mana Symbian Anna akan menemui pengguna Nokia N8 dan beberapa peranti Nokia yang lain pada bulan Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd