Cari @ Amanz

Pada minggu ini, beberapa perkara telah berlaku di dunia web dan teknologi, dimana CEO Yahoo!, Carol Bartz telah dihentikan, dan pada masa yang sama Michael Arrington, iaitu pemilik asal laman TechCrunch turut sama telah diberhentikan. Kini, ura-ura baru memperkatakan yang mana AOL dan juga Yahoo! dalam proses perbincangan untuk bergabung menjadi satu entiti.

Kedua-dua syarikat internet ini akhir-akhir ini mengalami kerugian. Ianya diperkatakan yang mana AOL telah rugi hampir $800 juta sejak ianya keluar daripada Time Warner pada 2009, manakala Yahoo! pula kini mengalami persaingan sengit daripada Google, Facebook dan juga Microsoft.

Ianya diperkatakan, berkemungkinan Yahoo! akan mengambil-alih AOL, dan CEO sedia ada AOL, iaitu Tim Armstrong mungkin menjadi CEO baru kepada syarikat yang digabungkan itu. Namun begitu, ianya masih diperingkat ura-ura, dan kedua-dua pihak, iaitu AOL dan Yahoo! tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Gambar : Mashable

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd