Cari @ Amanz

Walaupun sebelum ini Facebook telah mengumumkan yang mereka akan menamatkan perkhidmatan Facebook Deals, perkara tersebut tidak menghalang daripada perkhidmatan dilancarkan di Malaysia, di mana CIMB menjadi yang pertama membawakan Facebook Deals kepada para pengguna tempatan.

Melalui apa yang kelihatan, CIMB Bank menawarkan kepada para pengguna mereka secawan kopi dan juga coklat percuma daripada San Francisco Coffee dengan setiap pembelian minuman di sana. Untuk mendapatkannya, para pengguna hanya perlu log masuk ke Facebook dan mendaftar masuk ke lokasi di Facebook Places.

Dengan pelancaran Deals oleh CIMB menggunakan platform Facebook, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak syarikat melakukan perkara sama di Malaysia tidak lama lagi.

Tips awal daripada MKN

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd