Carian
Facebook Membawakan Perkongsian Sosial Ke Tahap Lebih Tinggi Melalui OpenGraph Baru
September 23, 2011 Aman

Selain memperkenalkan fungsi Timeline, Facebook hari ini turut sama memperkenalkan aplikasi berbentuk sosial yang serba baru melalui OpenGraph yang serba baru. Menariknya adalah dimana, jikalau sebelum ini, Facebook hanya sekadar membolehkan anda Like sebarang perkara, kini anda boleh turut sama dalam sesuatu perkara, dan menjadikan laman tersebut lebih sosial lagi.

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan Facebook Ticker yang diperkenalkan oleh Facebook sebelum ini. Melalui News Feed, ia akan memperlihatkan semua kemaskini yang dilakukan oleh para pengguna, dan sebaliknya melalui Facebook Ticker, ia hanya sekadar akan memperlihatkan aktiviti pengguna sahaja, seperti apa mereka sedang dengar, baca, lihat dan sebagainya.

Muzik – Real-Time Serendipity

Kini, sekiranya anda melihat rakan anda sedang mendengarkan lagu di bahagian Facebook Ticker, anda boleh klik terus padanya, dan seterusnya turut sama mendengarkan lagu-lagu sama dengan rakan anda pada masa nyata.

Namun begitu, perkara ini disokong melalui perkhidmatan pihak ketiga, dan tidak diketahui samada ia disokong penuh di Malaysia ataupun perlu menunggu suatu masa yang lama sebelum ia boleh diakses.

Rancangan TV dan Filem

Perkara sama turut sama boleh digunakan pada rancangan berbentuk video. Ia dibawakan oleh Facebook dengan kerjasama bersama-sama dengan beberapa rakan kerjasama, Mungkin juga pembangun tempatan, seperti Asyik.TV, TonTon dan sebagainya turut sama boleh menggunakan OpenGraph daripada Facebook untuk memperkenalkan fungsi serupa kepada pengguna tempatan.

Berita dan Artikel

Facebook turut sama mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Yahoo! News, Mashable, dan beberapa pembangun kandungan yang lain, dimana anda boleh dengan mudah melihat apakah yang rakan-rakan anda sedang baca, serta mengikutinya dengan mudah, sekaligus membolehkan anda mengetahui pelbagai perkara yang diketahui oleh rakan anda.

Lain-Lain

Facebook juga membawakan sokongan OpenGraph serba baru kepada Games dan juga aplikasi berbentuk gaya hidup. Sebagai pengenalan mereka mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan Nike dan beberapa syarikat lain, dimana sebagai contoh, anda boleh mengemaskini berapa jauh anda lari dengan mudah, dan membolehkan rakan anda turut serta melaluinya.

Secara ringkasnya, melalui OpenGraph yang baru, Facebook membawakan sokongan sosial kepada sesuatu yang baru,dan sudah tentunya kita akan dapat melihat pengguna Facebook selepas ini menghabiskan masa yang lebih lama pada laman tersebut.

Komen