Cari @ Amanz

Seperti diperkatakan pada awal minggu ini, Nokia Malaysia bakal melancarkan telefon pintar Nokia N9 mereka yang menggunakan MeeGo pada minggu hadapan, iaitu 13 September, dan bakal ditawarkan melalui tiga syarikat telekomunikasi terkemuka negara, iaitu DiGi, Maxis dan juga Celcom. Namun begitu, menariknya, seminggu lebih awal, hari ini Nokia telah pun melancarkannya di Singapura.

Apa yang menariknya adalah dimana pelancaran terlebih dahulu di Singapura, memperlihatkan yang mana harga jualannya kelak tidak akan jauh berbeza dengan jualannya di Singapura. Walaubagaimanapun, N9 masih belum mula dijual, dan dijangka akan dimulakan dalam bulan ini juga. Di Singapura, Nokia N9 16GB akan dijual pada harga S$799 (~RM1975) manakala versi 64GB pada harga S$899 (~RM2222). Berkemungkinan kita boleh dapat melihat harga yang lebih kurang serupa dengan Singapura di Malaysia.

Nokia N9 membawakan sistem operasi MeeGo yang dinantikan ramai, serta didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1GHz, sokongan grafik PowerVR SGX530, kamera 8-megapixel dengan sokongan optik Carl Zeiss, sokongan NFC, dan sama seperti iPhone, Nokia N9 hanya menyokong mikro-SIM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd