Cari @ Amanz

Hari ini, Twitter telah pun mengumumkan yang mana kini, laman mereka mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna aktif di seluruh dunia, yang mana mendaftar-masuk ke laman Twitter sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan. Menariknya, 50% daripada angka pengguna tersebut turut mendaftar masuk ke laman Twitter setiap hari, menjadikan angka pengguna aktif setiap hari di Twitter adalah lebih kurang 50 juta orang.

Selain daripada itu, ianya turut dikongsikan oleh Twitter dimana hampir 40% pengguna aktif mereka tidak menghantarkan Tweet, sebaliknya hanya mengikuti perkembangan artis, selebriti dan ikon kegemaran mereka melalui Twitter.

Pada masa yang sama, lebih 55% daripada pengguna aktif Twitter turut menggunakan peranti mudah-alih secara aktif, memperlihatkan peningkatan sebanyak 40% daripada suku tahun yang lepas.

Dengan kini Twitter yang menjadi medium utama untuk menyampaikan berita, ianya mungkin akan menerima lebih banyak pendaftaran baru dalam bulan-bulan akan datang, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu laman utama untuk dilawati semua tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd