Cari @ Amanz

Setelah hampir 2 tahun Celcom memperkenalkan perkhidmatan Twitter via SMS mereka, kini nampaknya, ianya mendapat sokongan rasmi daripada Twitter, dimana hari ini, pihak Twitter sendiri telah tweet menggunakan akaun mereka memperlihatkan sokongan Twitter melalui SMS. Namun begitu, kaedah pengaktifannya berbeza dengan apa yang diperkenalkan oleh Celcom sebelum ini.

Mungkin ramai yang tertanya akan perbezaan dengan apa yang diperkenalkan oleh Celcom sebelum ini. Sebelum ini, Celcom hanya sekadar membolehkan para pengguna untuk menghantar Tweet sahaja tanpa had pada kadar Rm1 seminggu. Berbeza dengan kemaskini yang diperkenalkan hari ini, para pengguna boleh menghantar dan menerima Tweet tanpa had terus melalui SMS pada kadar RM1 seminggu. Pengguna juga boleh mengikuti seseorang pengguna dengan senang terus melalui penggunaan SMS.

Untuk mengaktifkannya, para pengguna hanya perlu menghantarkan SMS dengan teks START ke 28933. Anda juga boleh menghentikan perkhidmatan ini dengan menghantar STOP ALL ke 28933, dan menyah-aktifkan perkhidmatan tersebut.

Celcom subscribers in Malaysia can now send and receive tweets via SMS. Begin by sending START to 28933! Welcome to Twitter!
Sep 19 via webFavoriteRetweetReply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd