Cari @ Amanz

Selain daripada iPhone baru, iaitu iPhone 4S, Apple turut sama menekankan pada fungsi baru melalui iOS 5 mereka, yang mana membolehkan anda membuat pelbagai perkara dengan hanya menggunakan suara sahaja. Walaubagaimanapun, fungsi Siri ini masih lagi pada peringkat beta buat masa ini, dan belum stabil sepenuhnya.

Siri bakal didatangkan bersama-sama pelancaran iPhone 4S, dimana ia akan diperkenalkan dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman ketika pelancaran, dan lebih bahasa akan diperkenalkan secara berperingkat padanya.

Sebelum ini, Apple telah mengambil-alih Siri, dan mengikut ura-ura sebelum ini, ia diperkatakan yang mana fungsi tersebut akan dipanggil Assstant. Namun menariknya, ia dilihat yang mana Apple mengekalkan nama aplikasi tersebut sebagai Siri.

Siri merupakan salah satu aplikasi yang menarik dimana membolehkan anda melakukan pelbagai perkara tanpa perlu menyentuh peranti anda, seperti menghantar mesej, membuat carian, menyemak kalendar dan sebagainya. Ia semua dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan suara sahaja, sekaligus memudahkan aktiviti pada beberapa ketika, seperti ketika memandu ataupun bekerja.

Kamera : Adam Tow

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd