Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, ianya telah pun disahkan yang mana peranti Motorola Razr yang diperkenalkan baru-baru ini akan memasuki pasaran Malaysia. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pasti dan harga jualan tempatan yang diketahui, tetapi pengedar Motorola rasmi di Malaysia, iaitu Brightstar kini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk peranti tersebut.

Melalui Motorola Razr, ia membawakan rekabentuk yang lebih nipis dan tahan lasak, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin sentuh AMOLED seluas 4.3-inci, kamera 8 megapixel dengan sokongan rakaman HD dan juga menggunakan Android 2.3.5 padanya.

Motorola Razr dijangka akan dijual di pasaran Singapura pada 11 November ini, dan kami mensasarkan jualan peranti tersebut di Malaysia adalah tidak jauh berbeza dengan jualan di Singapura. Bagi pengguna tempatan yang berminat, anda boleh mendaftarkan minat pada halaman Brightstar Malaysia hari ini, sementara menunggu pelancaran rasminya di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd