Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini telah pun mengumumkan tablet terbaru mereka selepas IdeaPad, iaitu Lenovo Thinkpad Tablet, yang mana memfokuskan kepada ahli perniagaan dan penggunaan yang lebih memfokuskan kepada penggunaan pejabat. Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualan masih tidak diketahui, dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Melalui Thinkpad Tablet ia turut didatangkan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.0 GHz NVIDIA Tegra 2, RAM 1GB, skrin sentuh seluas 10.1-inci, dan juga masa bertahan bateri sehingga 8 jam lamanya.

Pada masa yang sama, ia turut didatangkan bersama-sama dengan sebuah stylus khas sebagai pilihan tambahan untuk memudahkan anda menggunakan tablet tersebut, serta membolehkan anda menyambungkan tablet tersebut pada tetikus tanpa wayar dan juga papan kekunci melalui ruangan USB.

Ia dijangka akan mula dijual di Malaysia sebelum Hari Natal tahun ini, namun harga jualannya masih tidak diketahui sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd