Carian
Penganalisa : Penggunaan Tablet Dan Telefon Pintar Di Malaysia Dijangka Meningkat Dengan Drastik Pada Tahun 2012
October 25, 2011 Aman

Melalui analisa yang dilakukan baru-baru ini, ia kini disasarkan yang mana pengguna peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar dan juga tablet dikalangan pengguna digital dijangka akan meningkat naik dengan drastik pada tahun hadapan. Analisa ini dibuat berdasarkan kepada peningkatan penggunaan internet dari hari ke hari oleh para pengguna tempatan.

Menurut Nielsen Malaysia, pengguna digital yang menggunakan tablet sekarang ini adalah sekitar 18% manakala telefon pintar merupakan sekitar 48%. Angka ini dijangka meningkat kepada 75% dan juga 89% masing-masing menjelang pertengahan tahun hadapan.

Menurut Nielsen lagi, lebih daripada separuh pengguna digital Malaysia mengakses internet sehari, dan 68% daripadanya lebih kepada kerana ingin berhubung dengan rakan-rakan mereka. Pada masa yang sama, Nielsen juga melaporkan yang mana melalui bancian yang dilakukan, lebih daripada 10% pengguna mengakses internet melalui telefon pintar ketika menonton televisyen, dan sebanyak 4% mengakses menggunakan tablet ketika melakukan perkara sama.

Komen