Cari @ Amanz

Dengan tarikh 4 haribulan yang semakin dekat, lebih banyak info berkaitan dengan iPhone baru mula kedengaran. Kali ini, ia dilaporkan yang mana Apple telah pun menyertakan beberapa data melalui iTunes Beta baru mereka yang dilepaskan semalam, tetapi telah ditarik balik oleh Apple buat masa ini.


Gambar sekadar hiasan [via]

Melalui iTunes beta yang dilepaskan itu, ia menyertakan beberapa informasi berkaitan dengan iPhone 4S yang diura-ura akan sebelum ini. Melalui apa yang kelihatan, iPhone 4S menggunakan fail ikon yang serupa dengan iPhone 4 yang asal, sekaligus memberikan idea yang mana rekabentuk iPhone 4S akan menyerupai iPhone 4 yang terdapat sekarang ini.

Walaubagaimanapun, masih ada kemungkinan ia hanya sekadar ujian sahaja, dan mungkin akan dikemaskini ketika pelancarannya kelak. Namun begitu, mengikut beberapa info awal yang kedengaran mengenai iPhone 4S, ia tidak mustahil iPhone 4S menyerupai iPhone 4 sekarang ini.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pelancaran dan pengumuman rasminya pada malam Selasa ini, iaitu 4 Oktober, dimana Apple dijangka mengumumkan beberapa perkara mengenai iPhone dan juga iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd