Cari @ Amanz

Salah satu distro Linux yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan adalah simpleLinux, yang mana membawakan sistem operasi Linux yang asas dalam saiz yang amat kecil sekali. Kini, selain daripada versi desktop untuk pengguna biasa, pembangunnya turut sama mengeluarkan versi pelayan untuk semua, dibawah nama simpleLinux Server Edition 2011.

Menariknya adalah dimana simpleLinux versi desktop masih lagi mengekalkan saiz kecil dan menyokong pelbagai perkakasan, dari yang lama sehingga yang terkini. Pada masa yang sama, simpleLinux Server Edition 2011 juga membolehkan para pengguna menggunakannya tanpa memasangnya, selain boleh dijalankan terus melalui CD.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun simpleLinux Server Edition 2011 ini hari ini secara percuma, ataupun menguji versi desktop, disamping menyokong pembangun tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd