Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, dalam tempoh terdekat ini, Sony Ericsson Malaysia telah pun membawakan tiga peranti terbaru yang menggunakan Android Gingerbread kepada para pengguna Malaysia, iaitu Xperia Arc S, Xperia Ray, dan juga Xperia Active, dimana masing-masing didatangkan dengan kelebihan mereka tersendiri.

Xperia Arc S merupakan peranti kemaskini untuk keluarga Arc, yang mana membawakan spesifikasi operasi yang tinggi. Ia membawakan cip pemprosesan 1.4Ghz, skrin seluas 4.2-inci dengan sokongan enjin Sony Mobile Bravia, kamera 8-megapixel, dan didatangkan bersama bateri 1500mAh dengan jangka masa bercakap sehingga 7 jam.

Xperia Ray pula merupakan peranti dengan spsifikasi sederhana, membawakan skrin seluas 3.3-inci, cip pemprosesan 1GHz, kamera 8-megapixel dengan dan juga sokongan rakaman HD. Berbeza sedikit adalah Xperia Active yang mana lebih ditujukan kepada pengguna yang aktif dan gemar bersukan, dengan beberapa aplikasi yang dioptimasikan khas, cip pemprosesan 1Ghz, skrin seluas 3-inci, dan juga kamera 5-megapixel.

Xperia Active dijual pada harga RM1159, Xperia Arc S pada harga RM1899 dan Xperia Ray pada harga RM1279 di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd