Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini Celcom telah pun memperlihatkan pakej mereka untuk Samsung Galaxy Note yang akan dimulakan jualannya pada hari ini. Melalui pakej yang ditawarkan oleh Celcom, para pengguna boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy Note itu daripada Celcom pada harga serendah RM1368 dengan kontrak selama 18 bulan.

Peranti yang dijual pada harga RM2299 itu ditawarkan melalui tiga pilihan pakej, iaitu Celcom Exec 50 dengan Broadband mBasic, Celcom Exec 50 dengan Broadband mAdvance dan juga Celcom Exec 250. Celcom juga menawarkan dua tempoh pelan, iaitu untuk 12 bulan ataupun 18 bulan.

Melalui Galaxy Note, ia membawakan Android 2.3, skrin seluas 5.3-inci, stylus yang dinamakan sebagai S-Pen, cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, dan juga kamera 8-megapixel. Selain daripada Celcom, DiGi juga turut sama menawarkan peranti sama, serta boleh dibeli tanpa sebarang kontrak dan perjanjian pada harga RM2299 daripada pengedar rasmi seluruh negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd