Cari @ Amanz

Nampaknya dunia atas-talian di Malaysia terus meriah, dimana kini sebuah aplikasi baru bakal diperkenalkan tidak lama lagi, dinamakan sebagai ChopChop, dimana melaluinya ia membawakan pengurusan kad ganjaran anda dengan mudah, dan menguruskannya dengan pantas melalui aplikasi tersebut. Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya.

Melalui aplikasi tersebut kelak, ia mensasarkan untuk memudahkan peniaga, dan juga pelanggan. ChopChop kelak diperkatakan akan memudahkan para peniaga untuk menguruskan dan menganalisa para pelanggan mereka dengan mudah, dan menariknya mereka tidak perlu menghabiskan duit melabur pada sistem baru dan sebagainya.

Dan untuk pengguna yang menjadi pelanggannya kelak, mereka tidak perlu memegang puluhan kad ganjaran berbeza, tetapi sebaliknya boleh menguruskannya dengan mudah melalui aplikasi tersebut sahaja. Namun ia tidak diketahui samada adakah ianya turut akan membawakan sokongan kad ganjaran terkemuka seperti Bonuslink, Kad Mesra, Real Rewards dan sebagainya.

Ia diperkatakan yang mana ChopChop ini sedang dibangunkan lagi buat masa ini, tetapi prototaip awalnya telah siap. Tarikh pelancaran produk akhir, ataupun bilakah versi beta akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd