Cari @ Amanz

Dunia perniagaan atas-talian semakin meningkat popular dari hari demi hari. Namun kos dan pembangunannya yang sedikit sukar menjadikan ramai perniagaan kecil dan sederhana tidak membangunkan laman web untuk mereka. Namun, perkara tersebut mungkin berubah bermula hari ini, dimana Google Malaysia, bersama-sama dengan SKMM, .my Domain Registry dan juga iTrain melancarkan perkhidmatan dinamakan sebagai GMBO.

Melaluinya, ia membolehkan para penyedia syarikat kecil dan sederhana membangunkan laman web dengan mudah, menggunakan Business Sitebuilder daripada Google. Dan bertambah menariknya lagi adalah dimana sebanyak 10,000 pendaftar pertama akan diberikan nama domain .com.my dan juga hosting secara percuma untuk tahun pertama, selain yuran tahunan untuk tahun seterusnya hanya dibawah RM30, berbanding nama domain dan hosting yang biasanya menjangkau ratusan ringgit.

Sekiranya anda pemilik perniagaan kecil dan sederhana, anda boleh memulakan laman web anda sendiri hari ini, atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini dengan melayari laman rasmi Get Malaysian Business Online.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd