Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum yang mana Windows merupakan platform sistem operasi yang paling meluas digunakan, dan pesaing terdekatnya adalah OS X dan juga Linux yang mempunyai pelbagai variasi seperti Ubuntu, Fedora dan sebagainya. Dan, mengikut laporan terkini, ia dikatakan yang mana kini Apple memegang sebanyak 5% daripada pasaran komputer global.

Akhir-akhir ini, kadar peningkatan penggunaan dan pembelian Mac diperkatakan meningkat dengan drastik, dimana sepanjang suku-tahun yang lepas sahaja, lebih 24.6% Mac telah dikeluarkan berbanding suku-tahun sama pada tahun lepas. Mungkin antara sebabnya adalah kerana penjualan model seperti MacBook Air dan MacBook Pro yang meningkat akhir-akhir ini.

Namun, kini dengan pengeluaran ultrabook daripada semua pembangun laptop dan komputer, selain Microsoft yang memfokuskan Windows 8, mungkinkah populariti Windows kembali meningkat semula?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd