Cari @ Amanz

Hari ini, secara rasminya Motorola telah memperkenalkan kemaskini kepada tablet Xoom generasi pertama mereka, dimana bukan hanya satu tablet diperkenalkan, tetapi dua tablet, dengan saiz berbeza diperkenalkan, iaitu Motorola Xoom 2 dan juga Motorola Xoom 2 Media Edition, yang mana membawakan perbezaan dari segi saiz skrinnya.

Melalui Motorola Xoom 2, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, 1GB RAM, ruangan storan sebanyak 16GB, dan juga saiz skrin sebesar 10.1-inci, kamera hadapan 1.3-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, serta menggunakan Android 3.2 Honeycomb. Xoom 2 Media Edition pula membawakan spesifikasi sama dengan perbezaan pada saiz skrin, dimana bersaiz sebesar hanya 8.2-inci sahaja.

Pada masa yang sama, ia juga membawakan beberapa fungsi tambahan, termasuk perlindungan daripada percikkan air, sokongan video HD, dan juga skrin dengan kaca Gorilla untuk perlindungan pada bahagian skrin. Ia juga turut sama didatangkan dengan stylusnya tersendiri, serta sokongan audio yang lebih menarik lagi.

Buat masa ini, harga dan tarikh pelancaran Xoom 2 dan Xoom 2 Media Edition di Malaysia masih lagi tidak diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd