Cari @ Amanz

Setelah memperlihatkan Xperia Pro pada Mobile World Congress 2011 yang lepas, kini peranti tersebut boleh didapati di Malaysia pada harga RM1399, dan boleh didapati daripaa pengedar rasmi Sony Ericsson seluruh negara. Pada masa yang sama, bagi mereka yang membeli daripada beberapa pengedar terpilih, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan papan kekunci Logitech berharga RM139 secara percuma.

Melalui Xperia Pro, ia membawakan skrin seluas 3.7-inci bersama-sama dengan sokongan Sony Mobie Bravia Engine, kamera 8-megapixel bersama-sama Exmor R, kamera hadapan VGA, cip pemprosesan 1GHz, memori sebanyak 512MB dan menggunakan Android Gingerbread bersama-sama dengan antaramuka khas Android, serta didatangkan bersama-sama dengan papan kekunci QWERTY boleh luncur padanya.

Selain Xperia Pro yang telah dilancarkan ini, Sony Ericsson Malaysia juga dijangka akan melancarkan Neo V tidak lama lagi bagi pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd