Cari @ Amanz

Bagi yang mengikuti halaman Facebook dan Google+ Amanz, mungkin anda sedia maklum yang mana Ikhwan Nazri telah pun menyertai perbincangan Meja Bulat Awani yang diadakan pada Jumaat yang lepas, membincangkan mengenai cabaran dalam mengembangkan perniagaan berasaskan ICT. Dan bagi mereka yang terlepas, anda boleh ikutinya melalui video yang telah dirakamkan oleh @JakiMedia khas atas permintaan kami.

Melaluinya, beberapa perkara menarik yang dikongsikan, termasuk trend dunia teknologi yang diperkatakan akan mengubah dunia teknologi untuk jangka-masa lebih kurang selama 2 tahun akan datang, iaitu penggunaan tablet yang semakin meningkat naik, penggunaan aplikasi sebagai medium utama, Facebook dan Twitter menjadi medium komunikasi utama, laman sosial yang semakin meningkat popularitinya, blog berubah menjadi media utama dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd