Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, aplikasi iOS untuk Amanz telah pun dikeluarkan, membolehkan para pengguna peranti iOS seperti iPhone, iPod Touch, dan iPad menerima kemaskini semasa Amanz terus melalui peranti mereka dengan pantas, dan tidak terlepas sebarang kemaskini. Dan, hari ini, pembangunnya, WutMedia telah pun mengeluarkan kemaskini untuknya, iaitu Amanz 1.0.3.

Melalui kemaskini yang dikeluarkan melalui versi baru ini, ia lebih memfokuskan kepada mempertingkatkan prestasinya. Ia merupakan lanjutan daripada beberapa pengguna melaporkan yang mana kemaskini melalui aplikasi Amanz.my iOS adalah sedikit lambat, walaupun setelah menerima kemaskini.

Dan perkara tersebut telah pun diatasi dalam versi terbaru ini. Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi iOS Amanz.my 1.0.3 terus melalui AppStore secara percuma hari ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang maklumbalas berkaitan dengannya, mungkin boleh tinggalkan didalam kotak komen dibawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd