Cari @ Amanz

Nampaknya, sepanjang tahun 2012 kelak, dunia animasi dan juga multimedia tempatan akan terus meriah, dimana selain daripada BoBoiBoy daripada Animonsta, dan juga Upin dan Ipin dari Les Copaque, kini munculnya animasi baru dinamakan Budak Besi daripada pihak Psychotek.

Tarikh pelancaran dan juga sinopsis ceritanya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Namun, melalui video promosi yang dikeluarkan, ia memperlihatkan ia mengisahkan sebuah robot kecil dinamakan sebagai Budak Besi yang memerangi orang jahat daripada agenda yang tidak baik.

Selain daripada Budak Besi yang berkemungkinan dalam fasa produksi akhir, Psychotek juga sebelum ini pernah mengeluarkan sebuah filem ringkas dinamakan sebagai Project Genex yang mengabungkan CGI didalam penghasilan filem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd