Cari @ Amanz

Setelah pelbagai ura-ura berkaitan dengan iPhone 5 kedengaran sebelum ini, dan ramai kecewa selepas hanya iPhone 4S sahaja dilancarkan, kini ura-ura berkaitan tablet generasi akan datang daripada Apple, iaitu iPad mula kedengaran, dimana selain daripada info-info dan ura-ura yang diperkatakan sebelum ini, terbaru ia dilaporkan Apple turut akan memperkenalkan iPad bersaiz sedikit kecil, sekitar 7.85-inci bakal diperkenalkan.

Menurut DigiTimes, ia dilaporkan Apple bakal memperkenalkan dua tablet pada tahun hadapan, satu pada suku tahun pertama, dan iPad bersaiz 7.85-inci sekitar suku tahun keempat tahun hadapan.

Ia juga dilaporkan yang mana Apple sedang dalam usaha mendapatkan panel skrin bersaiz 7.85-inci daripada LG Display dan juga AU Optronics. Seperti biasa, perkara ini masih sekadar ura-ura buat masa ini, tanpa sebarang pengesahan daripada Apple buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd