Cari @ Amanz

Dalam dunia pelayar web yang penuh dengan pelbagai cabaran dan saingan, kini ia dilaporkan yang mana Chrome 15 telah menjadi versi pelayar web yang paling banyak digunakan secara global, menewaskan takhta yang dipegang oleh Internet Explorer 8 sebelum ini.

Walaubagaimanapun, dari segi jenama pelayar web, Internet Explorer masih mendahului takhta, dengan Chrome mengejar di tempat kedua. Firefox yang dahulunya memegang takhta kedua pelayar web paling popular, kini menduduki takhta ketiga dibelakang Chrome.

Di Malaysia pula, jikalau dilihat, Chrome 15 memegang takhta jauh dihadapan dengan lebih 34% pengguna tempatan menggunakannya, manakala Firefox 8.0 ditempat kedua dan Internet Explorer 8 ditempat yang ketiga.

Pada tahun 2012, mungkin kita akan dapat melihat persaingan yang lebih sengit lagi, apabila kini Mozilla dan juga Microsoft masing-masing pakal memperkenalkan sokongan kemaskini automatik pada pelayar web mereka sama seperti Chrome. Namun, Google dengan jenama terkemuka seperti YouTube, GMail dan sebagainya, mungkinkah mereka terus mengejar Internet Explorer, dan menjadi pelayar web nombor satu dunia?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd