Cari @ Amanz

Salah satu peranti Android yang dinantikan ramai pengguna tempatan adalah Samsung Galaxy Nexus, yang mana membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan lebih penting lagi, merupakan peranti rasmi daripada Google. Melalui laman Facebook Samsung Malaysia, kini mereka mengumumkan yang mana peranti tersebut akan berada di Malaysia sebelum Tahun Baru Cina kelak.

Namun begitu, tiada sebarang tarikh rasmi yang diberikan oleh pihak Samsung, selain hanya menjanjikan ia akan dilancarkan pada bulan Januari kelak. Harga jualan juga masih tidak diketahui buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya lebih awal, terdapat beberapa kedai di Lembah Klang dan juga melalui atas-talian telah pun sedia menawarkan Galaxy Nexus. Namun, berkemungkinan harga ketika pelancarannya kelak akan menjadi lebih murah berbanding apa yang ditawarkan sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd