Cari @ Amanz

Salah satu aplikasi popular pada iPad adalah Flipbooks, dan dengan konsep yang lebih kurang sama, kini Google melancarkan Google Currents, membolehkan anda menemui pelbagai kandungan baru dengan mudah dan pantas pada peranti mudah-alih anda, samada pada peranti Android, mahupun iOS. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna membaca kandungan pada internet seperti membaca majalah.

Google juga turut mengatakan pengguna boleh menemui pelbagai kandungan baru melaluinya, selain sebuah tab baru dinamakan Trending, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai berita semasa terus melalui aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, amat menyedihkan kerana aplikasi Google Currents ini hanya diperkenalkan untuk para pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini. Mungkin Google akan melancarkannya di Malaysia setelah mendapat kerjasama dari pembangun kandungan tempatan kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd