Cari @ Amanz

Nampaknya, setelah pengambil-alihan MySpace sebelum ini oleh syarikat baru, hari ini, MySpace baru dilancarkan, dengan memfokuskan kepada muzik sepenuhnya, seperti matlamat asal MySpace sebelum ini, selain pada masa yang sama turut membawakan integrasi Facebook, membolehkan ia mengelak persaingan terus dengan Facebook, dan sebaliknya memfokuskan kepada rangkaian sosial muzik sepenuhnya.

Seperti semua sedia maklum, muzik sememangnya salah satu perkara yang diminati ramai pengguna, selain Facebook sendiri baru-baru ini mengintegrasikan sokongan muzik pada laman sosial mereka.

Melalui pengenalan baru pada MySpace, ia membolehkan pengguna mendengar dan memainkan lebih daripada 42 juta lagi, termasuk lebih 30 juta lagu daripada pemain muzik bebas.

Pada masa yang sama, MySpace juga dijangka akan membawakan pelbagai fungsi dan perubahan baru pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd