Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah DiGi dan Maxis memperlihatkan pakej mereka, kini Celcom turut sama memperlihatkan pakej iPhone 4S mereka kepada umum, sekaligus bersedia untuk pelancaran yang akan dilakukan pada tengah malam esok, lebih kurang 24 jam daripada sekarang. Jadi, syarikat telekomunikasi yang manakah akan menerima pendaftaran yang paling ramai esok?

Seperti diperkatakan sebelum ini, melalui pakej Celcom, ia membolehkan para pengguna mendapatkan peranti pada harga serendah RM558 melalui pakej i248 selama 24 bulan. Bersama-sama dengannya, ia turut membawakan pakej baru, iaitu i68 dengan komitmen bulanan sebanyak RM68 sebulan dan penggunaan data sebanyak 800MB sebulan.

Celcom juga turut sama memperlihatkan dengan jelas mengenai harga yang perlu dibayar ketika pendaftaran kelak, membolehkan para pengguna bersedia sepenuhnya untuk mendapatkan peranti tersebut pada tengah malam esok.

Oleh: Fairuz Bakar

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd