Cari @ Amanz

Dengan pengumuman iPad 2 oleh Steve Jobs sebentar tadi, kini Apple telah mengemaskini laman jualan mereka, dimana ianya dapat dilihat yang harga untuk iPad generasi pertama telah dikurangkan pada harga serendah RM1199.

Kini, para pengguna boleh mendapatkan iPad generasi pertama dengan sokongan WiFi pada harga serendah RM1199 untuk 16GB, RM1,499 untuk 32GB dan RM1,799 untuk 64GB. Harga untuk iPad 3G juga dikurangkan dimana versi 16GB boleh didapati pada harga serendah RM1,599, 32GB pada harga RM1,899 dan juga 64GB pada harga cuma RM2,199.

Penurunan harga ini adalah kerana pelancaran iPad 2, dan kelak ianya diperkatakan yang mana iPad 2 akan dijual pada harga yang sama seperti sebelum ini. Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah iPad 2 akan tiba di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd