Google Profiles Kini Dengan Antaramuka Baru

Google Profiles Kini Dengan Antaramuka Baru

Diterbitkan pada Mac 3, 2011 oleh .

Google Profiles kini menerima kemaskini baru, dimana ianya membawakan antaramuka profail yang serba baru dan menarik, memperlihatkan profail para pengguna dengan gambar dan sebagainya sama seperti beberapa laman-laman sosial terkemuka yang lain.

Mungkin ianya merupakan salah satu langkah Google untuk menyertai dunia rangkaian sosial. Kini, para pengguna boleh melayari Google Profiles dengan sambungan HTTPS, selain penambahan beberapa perkara baru, termasuk kebolehan untuk memperlihatkan gambar-gambar kesukaan anda, termasuk memperlihatkan info yang hanya diinginkan oleh anda sahaja. Anda juga boleh mengawal samaada ingin menyertakan Google Buzz pada profail anda ataupun tidak.


TIPS & ULASAN