Cari @ Amanz

Nokia secara rasminya telah pun melancarkan telefon pintar mereka yang terbaru, iaitu Nokia E7 di Malaysia. Melalui perantian mudah-alih baru mereka itu, ianya membawakan sebuah perantian yang sesuai untuk digunakan untuk bekerja dan meningkatkan produktiviti harian anda.

Nokia E7 yang dijual pada harga RM1995 dijangka akan ditawarkan pada harga yang lebih murah lagi apabila dibeli daripada syarikat telekomunikasi yang menawarkannya, iaitu Maxis dan juga Celcom.

Melalui E7, Nokia membawakan papan kekunci penuh QWERTY, serta pada masa yang sama turut didatangkan dengan sokongan skrin sentuh melalui skrin seluas 4-inch padanya. Nokia E7 menggunakan Symbian^3 sebagai sistem operasinya, dan turut didatangkan bersama-sama dengan GPS yang diintegrasikan serta kamera 8-megapixel.

Ianya akan mula dijual diseluruh negara bermula daripada hujung minggu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd