Cari @ Amanz

Talian Maxis Beraksi Cemerlang Sepanjang Rawang-Kuala Lumpur Melalui Bas

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu perkara yang amat menarik berkaitan dengan modem WiFi mudah-alih daripada Maxis adalah dimana ianya sesuai untuk digunakan ketika bergerak. Untuk menguji perantian dan talian Maxis, kami telah menggunakannya ketika bergerak dalam perjalanan daripada Rawang ke Kuala Lumpur.

Maxis MiFi E5832

Sepanjang perjalanan daripada Rawang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas, kami telah mendapat purata kelajuan muat-turun sekitar 0.78 Mb/s dengan muat-naik sekitar 0.18 Mb/s, dimana ianya semakin laju ketika menghampiri bandar besar, Kuala Lumpur.

Menariknya mengenai Maxis Personal WiFi Modem (E5823) adalah dimana daya tahan baterinya yang sehingga 3 jam lebih (hampir 4 jam), membolehkan internet digunakan sepanjang perjalanan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.

Semestinya untuk perjalanan yang jauh, apabila ianya ditemani dengan iPad, jangka hayat bateri bukanlah suatu perkara yang besar. Namun begitu, untuk perjalanan jauh, mungkin para pengguna perlu menyediakan bateri tambahan untuk Maxis MiFi, memandangkan iPad boleh bertahan sehingga 10 jam, sementara MiFi hanya bertahan sehingga 4 jam sahaja.


Komen ()