iTunes 10.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun

iTunes 10.2 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Mac 3, 2011 oleh .

Selain daripada pelancaran iPad 2 yang mana akan dijual mulai 11 Mac kelak, Apple juga turut sama melancarkan iTunes 10.2 pada hari ini, yang mana, ianya membawakan sokongan untuk iPad 2 dan diperlukan dalam digunakan bersama-sama iOS 4.3 yang bakal dilancarkan pada 11 Mac nanti.

iTunes 10.2 juga membawakan sokongan penuh untuk iOS 4.3 membolehkan anda sync perantian yang menggunakan iOS 4.3 kepada komputer anda dengan mudah. Pada masa yang sama, iTunes 10.2 turut sama membawakan peningkatan pada fungsi Home Sharing, serta membawakan sokongan untuk memainkan media pada perantian iOS 4.3 menggunakan fungsi Home Sharing.

iTunes 10.2 sedia untuk dimuat-turun sekarang secara percuma daripada laman Apple.


TIPS & ULASAN