Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan DrBook2U.com? Kini seperti yang dijanjikan, laman sosial tersebut dilancarkan secara rasminya, dibawah nama baru, iaitu MASPage (Malaysian Page). Buat masa ini, mungkin laman tersebut masih lagi pada peringkat beta, dan masih terdapat beberapa kecacatan dari segi antaramuka pada laman tersebut.

Melalui MASPage.com, ianya menawarkan fungsi-fungsi serupa seperti laman-laman sosial yang lain, termasuk kebolehan berkongsi gambar, video, menulis blog, berforum, mengadakan acara, dan sebagainya. Pada masa yang sama, MASPage.com turut membawakan kebolehan untuk membeli dan menjual melalui laman mereka.

Pada masa yang sama, MASPage.com juga dijangka bakal memperkenalkan bilik sembang, dan sokongan untuk live streaming melalui laman mereka tidak lama lagi. Memandangkan ianya masih lagi baru, tidak diketahui bila manakah fungsi-fungsi baru akan diperkenalkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd