Twitter Untuk iOS 3.3 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Twitter Untuk iOS 3.3 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Mac 4, 2011 oleh .

Hari ini, Twitter memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi Twitter untuk iOS iaitu Twitter untuk iOS 3.3, dimana kemaskini ini bukan sahaja menyelesaikan beberapa masalah pepijat, sebaliknya turut sama membawakan pelbagai fungsi baru pada aplikasi tersebut.

Kini, Twitter untuk iOS memperlihatkan komunikasi DM dalam cara baru, sama seperti bagaimana SMS dan Chat diperlihatkan pada iOS. Selain daripada itu, Twitter untuk iOS 3.3 turut sama membawakan kebolehan untuk memuat-naik gambar dengan mudah, serta tetapan yang telah diperkemaskan.

Pada masa yang sama, kini para pengguna Twitter boleh mencari rakan-rakan Twitter mereka dengan pantas dengan menyemak terus pada buku alamat mereka setelah selesai memasang aplikasi tersebut. Ini sekaligus membolehkan anda mengikuti perkembangan rakan-rakan anda dengan mudah. Twitter untuk iOS turut kini membawakan fungsi autocomplete, memudahkan para pengguna memasukkan nama rakan-rakan mereka dengan pantas dan tepat.

Twitter turut memperkenalkan “Quick Bar” dimana melaluinya, ianya memperlihatkan pelbagai topik-topik terhangat pada Twitter. Topik terhangat juga turut sama diperlihatkan mengikut lokasi para pengguna. Pautan-pautan yang dihantar bersama Tweet anda juga akan dipendekkan secara automatik, sekaligus memudahkan komunikasi dan perhubungan anda dengan Twitter.

Para pengguna boleh memuat-turun Twitter untuk iOS terus melalui laman iTunes, ataupun merujuk kepada halaman muat-turun di Twitter.com.


TIPS & ULASAN