Cari @ Amanz

WordCamp Asia Di Kuala Lumpur Pada 14 Mei Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah WordCamp Malaysia yang pertama pada tahun lepas, pada tahun ini, ianya diubah nama kepada WordCamp Asia. Melalui WordCamp Asia, mereka ingin menyertakan bersama beberapa negara jiran kita dalam membincangkan secara lebih menyeluruh berkenaan dengan WordPress.

Namun begitu, ianya masih dikekalkan sebagai acara sehari, dan akan dibahagikan kepada dua trek, berbeza dengan sebelum ini yang hanya mengekalkan satu trek sahaja. Ianya diperkatakan yang mana untuk tahun ini, WordCamp Asia akan disediakan untuk menepati kehendak para pembangun WordPress, pengguna, dan juga pengguna perniagaan untuk platform tersebut.

WordCamp Asia akan membawakan tema “Kuasa Platform” dan bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 14 Mei ini. Buat masa ini masih tidak diketahui berapakah bayaran yang bakal dikenakan, ataupun adakah penyertaan akan diberikan secara percuma.


Komen ()