Cari @ Amanz

Microsoft kini diperkatakan yang mana mereka tidak akan memperkenalkan pesaing kepada iPad sehinggalah tahun 2012 kelak. Namun begitu, mereka akan mulakan ujian sistem operasi tablet mereka seawal hujung tahun ini.

Ianya mungkin dilihat sedikit lambat untuk Microsoft menyertai industri tablet, yang mana buat masa sekarang ini, ianya dikuasai sepenuhnya oleh Apple, dengan Google mula memberikan cabaran, selain RIM dan HP yang masing-masing bakal memperkenalkan tablet mereka tidak lama lagi.

Sebelum ini, pada minggu ini, Apple telah melancarkan iPad generasi kedua yang mana membawakan kamera hadapan dan belakang, beserta dengan cip pemprosesan serba baru, membawakan prestasi mengagumkan kepada tablet mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd