Cari @ Amanz

Dengan adanya perantian modem WiFi daripada Maxis, ia sememangnya telah mempermudahkan pelbagai perkara, dimana secara tidak langsung membolehkan kita melayari internet dimana jua kita berada dengan mudah, dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti kita.

Maxis MiFi

Meningkatkan Produktiviti

Dengan adanya modem WiFi daripada Maxis ini, kini ianya membolehkan anda melakukan sebarang urusan kerja anda dimana jua anda berada, dan anda juga boleh menukarkan sebarang lokasi anda untuk menjadi pejabat mudah-alih, dan tidak lagi perlu bergantung samaada sesuatu lokasi itu mempunyai WiFi ataupun tidak.

Menambah Kenalan dan Lebih Bersosial

Jikalau dulu, ramai akan bertegur sama antara satu sama lain apabila melibatkan rokok, seperti untuk berkongsi pemetik api dan sebagainya, kini pada era internet, ramai yang ingin berkongsi talian internet, mahupun WiFi, dan bertegur-sapa di mana juga untuk bertanyakan mengenainya.

Anda juga boleh mengubah nama SSID WiFi kepada nama Twitter anda dan sebagainya, sekaligus memudahkan orang mengenali pemilik mereka, selain mempromosikan diri anda pada masa yang sama.

Berblog dan Tweet Dimana Jua

Sebelum ini, saya terpaksa menunggu untuk sampai kerumah untuk berblog dan menulis sesuatu cerita itu, memandangkan saya menggunakan netbook, dan sukar untuk mencari talian internet, tetapi dengan adanya modem WiFi daripada Maxis ini, ianya membolehkan saya menulis dimana jua, sekaligus menjadi antara yang pertama menulis mengenai sesuatu berita itu.

Tidak Membazir Masa Ketika Dalam Perjalanan

Jika sebelum ini, anda hanya duduk didalam keretapi ataupun bas, dengan adanya modem Maxis WiFi, anda dengan mudah boleh melayari internet, disamping, pada masa yang sama, berkongsinya dengan rakan-rakan anda, sekaligus menjadikan perjalanan anda lebih menarik, dan tidak membosankan seperti dulu. Perjalanan jauh kini lebih geek dengan modem Maxis WiFi.

Berbincang Hal Perniagaan Dimana Jua

Sebelum ini, sekiranya ingin menerima panggilan video, kita terpaksa balik kerumah dan memastikan talian kita bersedia sepenuhnya. Kini dengan adanya modem Maxis WiFi, kita boleh menerima panggila video dan suara melalui internet dimana jua kita berada, dan ianya bertambah mudah lagi dengan kebanyakkan kawasan diliputi dengan talian HSPA dan 3G disekitar Lembah Klang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd