5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis

5 Perkara Saya Buat Kurang Dengan Adanya Modem WiFi Maxis

Diterbitkan pada Mac 4, 2011 oleh .

Dengan adanya perantian modem WiFi daripada Maxis, ia sememangnya telah mempermudahkan pelbagai perkara, dimana secara tidak langsung membolehkan kita melayari internet dimana jua kita berada dengan mudah, dan tidak lagi perlu memilih lokasi seperti sebelumnya.

Maxis MiFi

Tidak Lagi Perlu Memilih Tempat Lepak

Jikalau sebelum ini, sebelum melepak dengan rakan-rakan, salah suatu perkara yang diambil kira adalah adakah lokasi tersebut mempunyai WiFi dan sebagainya, kini dengan adanya modem WiFi daripada Maxis, ianya bukan lagi suatu masalah besar. Tambahan lagi, dengan rangkaian Maxis meliputi lebih 80% kawasan di Malaysia, rangkaian bukanlah suatu masalah besar.

Tidak Perlu Membayar Lebih

Sebelum ini, mungkin ramai yang mempunyai lebih daripada satu talian untuk internet, dimana satu merupakan jalur-lebar talian tetap, dan satu lagi mungkin jalur-lebar mudah-alih. Menariknya, kini dengan modem WiFi Maxis, anda boleh berjimat, dengan menggunakannya dimana sahaja anda berada, disamping berkongsinya dirumah mahupun di luar.

Dirumah, anda turut sama boleh memasangnya pada desktop melalui USB, dan menggunakannya seperti modem biasa.

Tidak Lagi Perlu Risau Mengenai Bateri

Dengan adanya modem Maxis WiFi, kini anda tidak lagi perlu risau mengenai bateri dan sebagainya, kerana ianya membawakan jangka hayat sehingga 4 jam apabila dicaj penuh, disamping anda juga boleh cajnya melalui port USB pada netbook dan laptop dengan mudah.

Tidak Perlu Risau Mengenai Modem

Sebelum ini, sekiranya pada cafe atau kedai makan, sekiranya kita ingin ke kereta atau ke tandas sebentar, semestinya kita akan mengikat netbook atau laptop kita, namun tidak dapat berbuat perkara sama untuk modem, dan terpaksa disconnect dan membawanya bersama-sama. Kini dengan modem WiFi Maxis, anda tidak lagi perlu disconnect, malah tidak perlu sama sekali mengeluarkan modem daripada kocek baju atau seluar anda.

Tidak Perlu Mendengar Berita Dan Gosip Tidak Benar

Kini dengan adanya modem Maxis WiFi, saya tidak lagi perlu mendengar dan mempercayai pelbagai berita yang tidak benar dan tidak sahih, kerana saya boleh menyemaknya terus melalui internet dimana jua saya berada, disamping memperlihatkannya sekali pada tukang cerita, sekaligus mengurangkan tersebarnya berita-berita tidak benar dan tidak sahih itu.


TIPS & ULASAN