Yes Mula Menawarkan Yes Zoom Dan Yes Buzz

Yes Mula Menawarkan Yes Zoom Dan Yes Buzz

Diterbitkan pada Mac 4, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, kini penyedia telekomunikasi yang baru menyertai industri, Yes sudah mula menawarkan perantian Yes Buzz, iaitu telefon mudah-alih mereka, disamping turut sama mula menawarkan Yes Zoom untuk digunakan sebagai modem dirumah.

Kedua-dua perantian ini sepatutnya mula dijual bermula daripada bulan Disember tahun lepas, namun ianya terpaksa ditangguhkan dan kini akhirnya mereka mula menawarkan Yes Buzz dan Yes Zoom.

Yes Buzz dijual pada harga cuma RM488, dan didatangkan dengan kredit percuma sebanyak RM1,199. Ianya juga merupakan telefon pintar pertama tanpa SIM di Malaysia, dimana senarai hubungan anda disimpan pada perkomputeran awan. Anda juga boleh melakukan pelbagai perkara lain sama seperti pada telefon bimbit biasa anda, termasuk menonton video pada YouTube, dan melayari internet dengan mudah. Ianya juga turut sama boleh digunakan sebagai modem untuk laptop anda dengan mudah.

Selain daripada Yes Buzz, Yes turut memperkenalkan Yes Zoom, dimana melaluinya ianya menawarkan anda kebolehan untuk melayari internet dengan mudah dirumah, disamping membuat dan menerima panggilan daripada sesiapa melaluinya. Ianya juga turut didatangkan dengan kebolehan sokongan WiFi, memudahkan anda berkongsi talian dengan mudah.


TIPS & ULASAN